Skip to main content

Sukan Lain

PKBM, MSN sambut baik andai Azizulhasni mahu kembali dalam Program Podium

Ikuti perkembangan sukan terkini di saluran WhatsApp Astro Arena

azizulhasni-awang.jpg
Persekutuan Kebangsaan Berbasikal Malaysia dan Majlis Sukan Negara (MSN) menyambut baik seandainya Datuk Azizulhasni Awang mahu kekal berada di dalam Program Podium tahun depan. 

Kehadiran The Pocket Rocketman dijamin akan melonjakkan lagi rekod kecemerlangan skuad berbasikal trek negara sekaligus mampu menghidupkan kembali sinar harapan emas LA2028. 

Bagaimanapun pihak persatuan tetap menghormati keputusan daripada tuan empunya badan sendiri yang kini mahu menumpukan fokus menyambung pengajian ijazah di Universiti Victoria, Australia.

Dalam perkembangan sama, jawatankuasa PKBM dan MSN sebulat suara menggugurkan nama seorang atlet berbasikal trek negara daripada senarai Program Podium selepas tidak mencapai piawaian prestasi yang telah ditetapkan. 

Kenyataan itu jelas akan memberi tamparan hebat buat skuad kebangsaan namun ini adalah hakikat yang perlu ditelan buat mana-mana atlet yang berada dalam program tersebut.    

 

Advertisement

Must Watch Video