Satu kata sepakat telah dicapai menerusi perbincangan di antara Majlis Sukan Negara (MSN) bersama Kementerian Pengajian Tinggi (KPT) dan Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) untuk memuktamadkan senarai 20 sukan teras prestasi tinggi bagi tempoh 2025 hingga 2028 — di mana pingpong dan e-sukan sebagai penambahan terbaharu dalam senarai.
Langkah strategik itu merupakan hasil inisiatif jawatankuasa pembangunan sukan sebagai usaha memperkemas ekosistem pembangunan sukan negara dan menjadi simbol kerjasama antara MSN, KPT dan KPM dalam memastikan hala tuju pembangunan atlet negara disusun dengan lebih sistematik.
Senarai sukan teras itu akan dilaksanakan secara menyeluruh di semua peringkat termasuk sekolah, institusi pengajian tinggi dan program pembangunan di bawah MSN.
Bagaimanapun, mesyuarat susulan akan diadakan dari semasa ke semasa bagi menilai semula pencapaian setiap sukan berdasarkan prestasi serta potensi pertumbuhannya sepanjang kitaran tiga tahun ini.