Skip to main content

Sukan SEA

Ping pong: TTAM tidak akan tunduk

Ikuti perkembangan sukan terkini di saluran WhatsApp Astro Arena

lienkueng.jpg
Persatuan Ping Pong Malaysia (TTAM) tidak akan tunduk dengan desakan pemain negara yang mengancam mengambil tindakan undang-undang atau melancarkan boikot menjelang Sukan SEA 2019 bulan depan.

TTAM sebelum ini mengambil keputusan menggugurkan tonggak beregu wanita, Ho Ying dan Karen Lyne, kerana didakwa gagal memberikan komitmen apabila sudah sebulan tidak berlatih di bawah kendalian jurulatih dari China, Mu Tong, di Majlis Sukan Negara (MSN).

Leong Chee Feng turut digugurkan kerana pemain itu didakwa mempunyai masalah disiplin dan telah digantung selama enam bulan bermula bulan lalu.

Badan induk itu bakal menghantar tiga pemain baru, Im Li Ying, Lee Xin Ni dan Ling Yi Heng, untuk beraksi di Manila nanti.

Bagaimanapun, keputusan itu hanya akan ditetapkan menerusi mensyuarat bersama Jawatankuasa Pemilihan Atlet Majlis Olimpik Malaysia (MOM) dalam masa terdekat. 

"Kami telah menetapkan program latihan yang berbeza untuk setiap atlet dan bagaimana kami dapat menentukan prestasi mereka jika tidak berlatih bersama pasukan.

"Kami telah memanggil tiga atlet ini tetapi mereka bertegas untuk mengikut program MSN," kata Naib Presiden TTAM, Dr. Chin Kuen Liang.

Menurutnya lagi, TTAM tetap dalam nada realistik dengan sasaran satu pingat gangsa buat negara mampu dicapai meskipun menghantar muka baru.  

Dalam Sukan SEA Kuala Lumpur 2017, skuad negara meraih dua gangsa dan salah satu daripadanya dihadirkan oleh Ho Ying dalam acara berpasukan wanita.

"Kami masih lagi meletakkan sasaran untuk meraih pingat. Atlet-atlet yang bakal beraksi telah menampilkan keputusan yang positif baru-baru ini apabila meraih pingat gangsa acara berpasukan dalam Kejohanan Komanwel di India," tambahnya.

Advertisement

Must Watch Video