Skip to main content

Sukan Asia

Ping pong: Ho Ying-Karen dedikasi kejayaan buat jurulatih

Ikuti perkembangan sukan terkini di saluran WhatsApp Astro Arena

ping-pong.jpg
Beregu wanita ping pong negara, Ho Ying dan Karen Lyne, mendedikasikan kejayaan istimewa gangsa mereka kepada jurulatih, Beh Lee Wei, yang menyambut ulang tahun kelahiran ke-35, semalam.

Ho Ying-Karen mencipta sejarah tersendiri apabila muncul gandingan pertama negara meraih pingat dalam acara beregu wanita di pentas Sukan Komanwel.

Mereka menewaskan Sutirtha Mukherjee-Pooja Sahasrabudhe dari India 3-1 dalam aksi penentuan pingat gangsa di Oxenford Studios, semalam.

Menariknya, kejayaan itu hadir sehari selepas ulang tahun kelahiran Lee Wei, sekali gus menjadi hadiah terbaik buat jurulatih itu.

"Semalam adalah hari jadi jurulatih, Beh Lee Wei, dan kami berjanji untuk mendapatkan pingat dan melakukannya," ujar Ho Ying.

"Saya sangat gembira kerana beraksi di pentas besar dan hanya berjuang dalam setiap perlawanan," tambah Karen.

Sememangnya, ia turut menjadi kejayaan manis buat Ho Ying setelah meraih pingat perak dalam acara berpasukan wanita di Glasgow empat tahun lalu tatkala buat Karen, pingat pertama untuk penampilan sulungnya dalam Sukan Komanwel. 

Advertisement

Must Watch Video