Skip to main content

Sukan Asia

Ping pong: Ho Ying intai lakar kejutan

Ikuti perkembangan sukan terkini di saluran WhatsApp Astro Arena

ho-ying.jpg
Ho Ying menghadapi kesukaran menerima realiti bahawa dia merupakan pemain paling senior dalam skuad ping pong wanita negara biarpun kelihatan cukup selesa menggalas peranan berkenaan.

Ujian pertama Ho Ying sebagai pemain senior selepas persaraan dua tonggak, Ng Sock Khim dan Lee Rou You, adalah dalam Sukan Komanwel Gold Coast, April lalu. 

Hasilnya, dia mengetuai Malaysia mara ke suku akhir dalam acara berpasukan selain meraih pingat gangsa dalam acara beregu bersama Karen Lyne.

Tetapi, tidak ramai yang sedar betapa sukar untuknya menyesuaikan diri dengan tanggungjawab itu sehingga saat ini.

"Kini saya perlu membimbing pemain muda padahal sebelum ini, saya hanya mengikuti rentak pemain senior.

"Apapun, saya mula dapat menyesuaikan diri," katanya. 

Sasaran skuad wanita selepas ini sudah pasti untuk mencipta keputusan mengejut dalam Sukan Asia Indonesia, bulan depan. 

Dalam keterujaannya, Ho Ying tetap menggesa peminat sukan tanah air agar bersikap realistik dengan sebarang harapan.

"Secara jujurnya, saya masih berasa teruja biarpun selepas seminggu kempen Sukan Komanwel berakhir. 

"Kami perlu bermula dari bawah semula. 

"Saya tidak menyasarkan sebarang medal dalam Sukan Asia, namun saya harap dapat melakar beberapa keputusan mengejut, " katanya.

Advertisement

Must Watch Video