Menteri Belia dan Sukan, Hannah Yeoh, menjelaskan proses naturalisasi dalam aspek sukan memberi kelebihan tertentu buat Malaysia untuk bersaing di pentas antarabangsa dan mengangkat martabat industri negara.
Meskipun ia menguntungkan sukan kebangsaan, Hannah Yeoh bagaimanapun mahu bakat tempatan terus diperluas supaya Malaysia tidak ketandusan wakil yang mengharumkan nama negara.
Ketika ditemu bual dalam segmen Nadi Arena, Hannah Yeoh menegaskan agenda utama Kementeria Belia dan Sukan (KBS) untuk kekal memperkasa atlet lokal, termasuk menghasilkan kualiti terbaik melalui program persatuan sukan.
Pertimbangan sewajarnya akan diberikan selagi ia bertepatan dengan syarat dan kriteria yang ditetapkan Kementerian Dalam Negeri (KDN) jika ingin menggunakan khidmat atlet warisan.
Hannah juga tidak menolak kemungkinan bahawa Pindaan Perlembagaan yang menyaksikan ibu Malaysia yang melahirkan anak di luar negara akan memberi nilai tambah khususnya dalam bidang sukan.
"Ekosistem setiap sukan berbeza.
"Bola sepak sangat unik. Apa yang berlaku di Indonesia merupakan perkara sama yang dihadapi.
"Matlamat utama sudah tentu memperkasa bakat tempatan menerusi program pelapis kebangsaan, tetapi ada punca tertentu daripada beberapa persatuan sukan yang memiliki pertimbangan sewajarnya.
"Aspek naturalisasi bergantung kepada KDN kerana harus menepati syarat dan kriteria yang ditetapkan," katanya.
Tambah Hannah, sebagai tradisi, Malaysia tetap mempertaruhkan pelapis negara untuk menyertai Sukan SEA Thailand yang akan berlangsung hujung tahun ini.