SUKAN LAIN

Pickleball Marathon gamit 800 peserta

Shaiful Shamsudin 28/09/2024 | 11:14 MYT
Seramai 800 peserta sedang menyertai Cabaran Maraton Pickleball selama 26 jam di Sunway Serene X-Park.
Cabaran ini bermula 10 pagi tadi dan berakhir 12 tengahari Ahad ini dan ketetapan masa akan diberikan peserta-peserta.
Antara tumpuan menarik hari ini adalah kehadiran rakan-rakan kita seperti penyampai radio Hitz-FM, Lite FM dan artis ternama untuk menyertai cabaran ini.
"Sukan ini sedang berkembang dan menarik perhatian ramai," katanya di Nadi Weekend sebentar tadi.
Penganjur Pickleball Marathon, Jane, menjelaskan idea ini tercetus bersama-sama Penyampai Radio Lite FM, Annont Wathanasin.
"Kami lalu memutuskan untuk menjayakan menerusi rekod baru," katanya.
#Pickleball
;