Jelajah siri Kejohanan Dunia Pickleball Grand Slam 2025 menyaksikan kelibat pemain terkemuka negara yang sebelum ini berada dalam sukan berbeza -- Delia Arnold dan Chan Peng Soon.
Bagaimanapun, Delia Arnold yang bergandingan dengan Jason Tay tersungkur di pusingan ke-16 selepas tewas tipis 14-15 kepada Chun Yu Liu-Yenjit Boonchan dalam kategori beregu campuran terbuka 35 tahun dan ke atas.
"Kami berdua memulakan permainan dengan rentak perlahan sedangkan pihak lawan menyerang tanpa henti.
"Kemudian, kami cuba untuk bertukar gaya permainan, tapi kami tetap akur dengan kekalahan," katanya di Nadi Arena.
Sementara itu, pemenang pingat perak Sukan Olimpik Rio 2016 yang bergandingan dengan Pini Lee tersekat di peringkat suku akhir selepas tewas kepada Sieu Ee Toi-Razlan Rawi 6-15 dalam kategori sama.
"Permulaan yang baik tetapi pengakhiran yang kurang baik.
"Walaupun mendahului perlawanan tetapi masih kurang mendominasi kerana sejujurnya, kami tidak bermain selalu sukan ini.
"Pickleball harus bermain setiap hari baru ada kemahiran yang bagus," katanya kepada wartawan Astro Arena, Faizal Bazari.