Skip to main content

Tenis

Piala United: Iga Swiatek pacu Poland ke separuh akhir

Ikuti perkembangan sukan terkini di saluran WhatsApp Astro Arena

iga-swiatek.jpg
Poland melayakkan diri ke pusingan separuh akhir Piala United selepas menewaskan Britain 3-0 di Ken Rosewell Arena.

Hubert Hurkacz, yang menerima tentangan Billy Harris, nyata tidak menemui sebarang masalah walaupun diheret ke tiebreak untuk menang 7-6, 7-5.

Chwalinska dan Zielinski pula memastikan mata kedua buat skuad Poland apabila menewaskan Nicholls dan Charles Broom. Set pertama mudah buat mereka selepas menang 6-2 dan kemudian 7-6 dalam set kedua.

Bagi set ketiga, Poland menurunkan pemain ranking kedua dunia, Iga Swiatek. Kecederaan kaki kanan yang masih dibelenggu Swiatek harus nyata menganggu prestasinya.

Namun, dia bangkit dalam set kedua dan ketiga untuk menewaskan Katie Boulter 6-1, 6-4 dan memastikan Poland layak ke pusingan separuh akhir.
 

Advertisement

Must Watch Video