Skip to main content

Sepak Takraw

Piala Tun Ali: Selangor muncul juara Kumpulan D

Ikuti perkembangan sukan terkini di saluran WhatsApp Astro Arena

sel.jpg
Selangor berjaya mengesahkan slot ke pusingan seterusnya selepas dinobatkan selaku juara Kumpulan D, Kejohanan Sepak Takraw Piala Tun Ali 2025 Bukit Serindit, Melaka, hari ini.

The Red Giants dibarisi rata-rata pemain muda, namun berjaya bawa momentum kemenangan semalam untuk mengatasi PDRM dalam pertarungan tiga set.

PDRM yang dibarisi Shahalril Aimin, Shahalril Aiman dan Zulkifli Razak jelas kurang keserasian dalam set pertama, sebelum aksi kejar mengejar dengan kedua dua trio saling mengkutip mata demi mata sebelum Selangor berjaya mengapai 'match point' terlebih dahulu.

Kebangkitan dijelmakan PDRM untuk mengikat permainan 14-14, sebelum Selangor mengekalkan rentak positif untuk rampas set pertama.

Di set kedua, PDRM tampil dengan corak permainan lebih kemas dengan beberapa servis ace yang berjaya dicatat Worapat Kaewtawatwiset untuk mudah mengheret Selangor ke set penentuan.

Kehadiran Syafie Haziq selaku tekong gantian Selangor menjadi titik kemusnahan buat kem PDRM dengan beberapa variasi servis sebelum menoktahkan kemenangan 17-15, 2-15, 15-13.

Keputusan Lain:
ATM 2-0 Terengganu



 
Football

Nike BIG Discount

Diskaun 40% dan ke atas untuk kasut Nike! Masa terhad, cepat dapatkan sekarang!
Grab Cepat

Advertisement

Must Watch Video