Skip to main content

Sepak Takraw

Piala Tun Ali: Sains sukan lengkapi Malaysian University, kutip pengalaman sebagai bekalan

Ikuti perkembangan sukan terkini di saluran WhatsApp Astro Arena

dr-hanafiah-ayub_2.jpg
Timbalan Setiausaha Bahagian Seksyen Sukan Bahagian Perancangan Strategik Kementerian Pelajaran Tinggi (KPT), Dr. Hanafiah Ayub, menegaskan pasukan sepak takraw Malaysian University (MU) memiliki kelebihan kerana aspek sains sukan merupakan antara taruhan untuk mencabar dalam Piala Tun Ali 2025. 

"Jurulatih sepak takraw lebih khusus kepada kemahiran tetapi jurulatih sains sukan lebih fokus kepada kecergasan fizikal seperti fleksibiliti dan ketangkasan. 

"Data menunjukkan prestasi pemain lebih jauh daripada sebelumnya tapi apa yang mungkin membezakan MU dengan pasukan lain adalah pengalaman.




"Pengalaman dalam Piala Tun Ali penting untuk (mengharungi) kejohanan yang lain," katanya. 

Selepas sekadar menamatkan saingan dalam peringkat kumpulan dalam edisi lalu, MU kini bakal tampil dengan sisi berbeza.

Bagi penganjuran  Kejohanan Varsity Sepaktakraw League (VSL) Grand Final 2025, KPT mendapat sokongan penuh melalui kerjasama strategik rakan penaja utama iaitu syarikat Gajah Emas sebagai pembekal peralatan rasmi bola takraw dan Perbadanan Putrajaya sebagai rakan venue.

Sementara itu, bagi penyertaan Piala Tun Ali, MU turut menerima tajaan pakaian pasukan dari Syarikat Pro Apparel.
 
Garmin

Lebih Dari Sekadar Jam

Jam Garmin ini bantu anda jejak setiap langkah, degupan & pencapaian dengan tepat.


Dapatkan Sekarang

Advertisement

Must Watch Video