Presiden Persatuan Sepaktakraw Negeri Sembilan ( PESTANS), Wan Mohd Husni Abdullah, yang mengesahkan tiada rombakan skuad menjelang Piala Tun Ali yang berlangsung di Bukit Serindit, Melaka dari 3 hingga 9 November depan.
Pihak pengurusan kekal menaruh kepercayaan penuh kepada trio emas Negeri Sembilan Antlers yang dibarisi tekong, Haziq Hairul Nizam, Hafizul Hayazi Adnan (pelibas) serta Zuleffendi Sumari bagi menggalas cabaran dalam acara regu.
"Kami tidak banyak melakukan banyak perubahan pemain untuk memastikan penyertaan kali ini mendatangkan hasil," katanya.
Sementara itu, bagi acara quadran, Negeri Sembilan akan menyenaraikan pemain Sukan Malaysia (Sukma) yang terdiri daripada kapten, Afiq Badli Andi Abdullah, Amirul Ashraf Zainol serta Mohd Iqmal Zukhairi.
"Ini untuk memastikan pendedahan yang cukup buat mereka.
"Berada dalam kumpulan mana-mana sekalipun, kami mahu berikan saingan terbaik.
"Dalam tiga edisi lalu, kami ke podium -- dua di tempat ketiga dan sekali bergelar naib johan," katanya.
Dalan edisi lalu, Negeri Sembilan menamatkan saingan regu lelaki di kedudukan ketiga bersama Johor.
Dapatkan Sekarang

PESTANS kekal mempertaruhkan trio emas NS Antlers, Haziq, John & Pak long di Kejohanan Sepak Takraw Piala Tun Ali 2025 yang dijadualkan berlangsung dari 3-9 November depan di Bukit Serindit, Melaka.@ASTROARENA pic.twitter.com/w4OWSZi0Tx
— Fadhirul Shuhaimi (@FadhirulS) October 26, 2025
"Berada dalam kumpulan mana-mana sekalipun, kami mahu berikan saingan terbaik.
"Dalam tiga edisi lalu, kami ke podium -- dua di tempat ketiga dan sekali bergelar naib johan," katanya.
Dalan edisi lalu, Negeri Sembilan menamatkan saingan regu lelaki di kedudukan ketiga bersama Johor.

Lebih Dari Sekadar Jam
Jam Garmin ini bantu anda jejak setiap langkah, degupan & pencapaian dengan tepat.
Dapatkan Sekarang