Dalam perlawanan kategori regu menyaksikan Kuala Lumpur (KL) dipaksa bekerja keras sebelum menempah tiket ke suku akhir oleh KPT-Masum.
Barisan pemain muda ini dilihat berjaya mengimbangi permainan yang dipamerkan pasukan KL. pertahanan yang baik serta libasan yang dilakukan oleh hafifi berjaya menyumbang mata buat pasukan KPT-Masum.
Rally menarik dipersembahkan kedua-dua pasukan dimana sering berbalas serangan, namun mata memihak kepada pemain muda ini untuk mata kelapan.
Meskipun Kuala Lumpur berjaya memimpin perlawanan 12-9, KPT-Masum berjaya untuk mengikat kedudukan kepada 12-12 sebelum KL menutup set pertama dengan kemenangan 15-12.
Namun, skrip berbeza di set kedua, pengalaman yang dimiliki Zarif Merican, Sutthikiart dan Kamarul tidak mampu dikekang pasukan lawan.
Bukan sahaja kesilapan mudah yang kerap dilakukan, malah libasan dan Aces daripada pasukan Ibu Kota itu gagal diapungkan pemain lawan.
Zarif menjadi penyumbang mata terbesar buat KL sebelum menoktahkan kemenangan 15-5 dan mara ke peringkat suku akhir.
Keputusan Lain:
Perak 2-0 PDRM