SEPAK TAKRAW

Piala Tun Ali: Johor ketuai kedudukan Kumpulan A

Shaiful Shamsudin 15/11/2023 | 10:52 MYT
Johor meneruskan cabaran dalam Piala Tun Ali hari ini dengan menurunkan pemain import, Rattadech Noijaroen, serta dua lagi pemain tempatan, Syahmi Syazwan dan Farhan Adam, diberikan tentangan hebat oleh Kuala Lumpur yang dibarisi trio, Syahir Rosdi, Thawisak Thongsai serta Amirul Zazwan Amir.
Perlawanan di Dewan Bola Keranjang MBMB, Bukit Serindit, Melaka itu tampak seimbang pada awal set pertama dengan kedua-dua pasukan berbalas mata tetapi percubaan menjarakkan keputusan oleh Kuala Lumpur gagal berikutan Johor bijak mengatur strategi untuk memastikan set pertama menjadi milik mereka 21-18.
Lain pula ceritanya dalam set kedua apabila Kuala Lumpur bangkit untuk mencerahkan peluang kemenangan mereka dengan meninggalkan Johor 21-14.
Namun, cabaran lebih sengit yang menyaksikan Johor mengungguli set penentuan 21-15.
Dengan dua kemenangan daripada dua perlawanan meletakan Johor kini menduduki tangga teratas Kumpulan A.
Keputusan Lain:
Penjara 0 ATM 2
Putrajaya 2 Mayang Putra ST 0
Kedah 0 Kuala Lumpur 2
#Takraw #Piala Tun Ali
;