Skip to main content

Sepak Takraw

Piala Tun Ali 2025 pentas sebelum ke Sukan SEA Thailand -- Syahir Rosdi

Ikuti perkembangan sukan terkini di saluran WhatsApp Astro Arena

syhair.jpg
Tekong pasukan Majlis Amanat Rakyat (MARA), Syahir Rosdi, menegaskan tiada istilah perlawanan mudah buat mana-mana pasukan di pentas Piala Tun Ali 2025 yang dijadualkan berlangsung dari 3 hingga 9 November depan di Bukit Serindit, Melaka.

Meskipun dilabelkan sebagai regu pilihan bersama-sama pengumpan, Amirul Zazwan Amir selain perejam import kelahiran Thailand, Aekasit Naphom, Syahir mengakui setiap pasukan yang beraksi di kejohanan itu memiliki peluang sama rata untuk mencipta kejutan bagi merebut gelaran juara penganjuran edisi keempat tahun ini.

Pasukan regu MARA yang dikendalikan bekas ketua jurulatih sepak takraw negara, Azhar Sarabini, bakal memulakan cabaran Kumpulan E bertemu Sabah pada Isnin ini sebelum menentang KPT-Masum pada Selasa.

"Jika lihat pada undian agak sukarlah kerana mempunyai Sabah dan KPT-Masum, bukan calang-calang pasukan. Kami tidak boleh pandang rendah.






"Dengan setiap masukan yang masuk STL dan Piala Tun Ali mencabar, Tun Ali ini pentas sebelum kami ke Sukan SEA Thailand. Untuk uji apa yang kami berlatih sebelum ini." katanya.

Dalam pada itu, kapten MARA, Amirul Zazwan Amir, sedia untuk memikul tanggungjawab besar yang diamanahkan pihak pengurusan kepada pasukannya meskipun berdepan kekangan tempoh masa persiapan.

Untuk rekod, ini merupakan penampilan sulung MARA di Kejohanan Piala Tun Ali.

"Cabaran untuk saya tahun ini adalah mengenai pemain, pemain dari Thailand baru sampai termasuk pemain dari Selangor dan Perak.

"Tidak cukup persiapan latihan, tetapi saya percaya dengan kualiti yang kami ada kami boleh bersaing." tambahnya.
Football

Nike BIG Discount

Diskaun 40% dan ke atas untuk kasut Nike! Masa terhad, cepat dapatkan sekarang!
Grab Cepat

Advertisement

Must Watch Video