Skip to main content

Sukan Lain

Piala Tun Ali 2025: Melaka muncul juara acara regu lelaki

Ikuti perkembangan sukan terkini di saluran WhatsApp Astro Arena

tun-ali.jpg
Melaka mengesahkan kejuaraan saingan regu lelaki Kejohanan Sepak Takraw Piala Tun Ali 2025 selepas menafikan tentangan sengit dari Kedah dalam aksi straight set.

Kedua-dua pasukan berentap dari permulaan set pertama dengan saling berkejaran mata hingga 14-14 untuk heret set pertama lebih panjang sebelum Kedah mensia-sia kan peluang dengan 'unforced error' untuk memberi kemenangan set pertama milik Melaka 17-14.

Kedah terus bergelut di set kedua, gagal mematahkan servis padu dari tekong import Melaka, Pongsatorn untuk ketinggalan mata 6-10 sebelum Azlan Alias menoktahkan aksi dengan libasan padu untuk mata kemenangan 15-12.

Sementara itu, saingan kuadran didominasi ATM yang dibarisi Sobri, Norfaizul, Afifuddin dan Akash.

Namun ATM dipaksa kerja keras terlebih dahulu di set pertama, diberi tentangan sengit dari perak yang mengikuti rapat mata hingga 14-14 untuk mengheret mata perlawanan lebih panjang, tetapi akhirnya terpaksa akur dengan servis tidak menjadi pada mata penting sekaligus menyaksikan set pertama milik ATM 17-16.

Set kedua lebih mudah buat ATM, meninggalkan Perak jauh dibelakang 11-7 untuk terus menguasai perlawanan sekaligus pastikan kejuaraan milik mereka dengan keputusan 15-9.

Manakala saingan regu wanita diungguli PDRM selepas menundukkan Sabah dalam aksi straight set 15-9, 15-9.

Semua barangan sukan kini hanya di hujung jari anda!
Beli secara online di: https://stadiumastro.com/campaign/shop
Banyak lagi diskaun! Rebut diskaun ini sekarang!!

Advertisement

Must Watch Video