HOKI
Piala Tun Abdul Razak: Perak tepati ramalam pertahan kejuaraan
Juara bertahan Kejohanan Hoki Piala Razak, Perak meneruskan dominasi dengan status pasukan paling berjaya dalam kejohanan tertua negara itu -- menundukkan cabaran Pahang 2-1 dalam aksi final penuh dramatik semalam.
Skuad kendalian Abdul Sukur Adam ternyata berada di kelas tersendiri selepas menjulang kejuaraan buat kali ke-11 selain beraksi di pentas final buat kali ketujuh sejak 10 tahun lalu.
Lebih manis, kejayaan Perak kali ini berteraskan gandingan pemain muda dari skuad Sukma (Sukan Malaysia) dan kejuaraan pertama buat Sukur Adam.
Iklan
Terdahulu Perak membuka tirai jaringan menerusi gol padang yang disempurnakan Muhammad Akram Hakkam Jamaluddin seawal minit kelima.
Sebelum kapten Pahang, Ismail Abu menyamakan kedudukan minit ke-37.
Saiful Sharil Saiful Bahri menjadi watak penting kejayaan perak apabila menjaringkan gol kemenangan minit ke-44 menerusi pukulan sudut penalti.
Dalam ketika Pahang terus hampa gagal mengecapi kejayaan sulung di saingan Piala Tun Abdul Razak, yang juga merupakan penampilan final buat kali keempat dalam sejarah.
Pakar pukulan sudut penalti, Muhammad Idris Samad, dinobat penjaring terbanyak kejohanan selepas meledak 10 gol dalam tujuh penampilan.
Menjadikan Amin Rahim sebagai idola, Idris Samad berharap pencapaiannya ini mencerahkan peluang beraksi bersama skuad negara pada masa hadapan.
Dalam saingan wanita menyaksikan juara bertahan, Pahang berputih mata tewas di saat akhir kepada Kuala Lumpur.
Ketika aksi berbaki tujuh minit, Nur Syaza Afiqah Safawi, meledak gol tunggal perlawanan sekaligus memastikan kejuaraan kedua buat Kuala Lumpur sepanjang enam edisi yang lalu.
Kejayaan itu cukup bermakna buat ketua jurulatih hoki wanita Kuala Lumpur, A. Kannagi, selepas mula menggumpul bakat terbaik skuad bandaraya itu sejak empat tahun lalu.
Must-Watch Video