HOKI

Piala TNB: Akademi Hoki Pahang Thunderbolt layak ke suku akhir

Ammar Hakim 21/08/2022 | 11:10 MYT
Akademi Hoki Pahang Thunderbolt berjaya mengesahkan slot ke suku akhir Piala TNB selepas mengalahkan Majlis Sukan Negeri Sabah 2-1.
Pada awal perlawanan kedua-dua pasukan bertukar serangan bagaimanapun AHP Thunderbolt berjaya membuka tirai jaringan terlebih dahulu melalui gol padang.
Bagaimanapun MSN Sabah berjaya kembali bangkit untuk menyamakan mata 1-1 pada suku ketiga perlawanan.
Memasuki babak terakhir perlawanan, AHP Thunderbolt berjaya meraih gol kemenangan melalui pukulan sudut penalti, menamatkan perlawanan dengan kemenangan 2-1.
"," kata ketua jurulatih AHP Thunderbolt, Mohd Suffian Mohamad.
DBKL Hockey Team muncul juara kejohanan Liga Hoki Remaja Kebangsaan divisyen dua selepas bangkit menewaskan SSBJ Junior dengan keputusan 2-1.
Ketinggalan seawal minit keempat suku pertama selepas Ahmad Arif Daniel memberikan kelebihan awal buat SSBJ Junior belum mematahkan semangat DBKL.
Mereka kembali perkemas aksi dan hasilnya berjaya samakan kedudukan hasil sumbangan Mohamad Syafiq Abdullah pada minit ke-34.
Shahmie Irfan Suhaimi muncul wira DBKL apabila ledak jaringan kemenangan pasukan.
Untuk rekod, DBKL dan SSBJ Junior akan dinaikkan pangkat beraksi di saingan divisyen 1 musim depan.
;