Naib juara Piala TNB Liga Hoki Remaja 2018, AHP-MSP Thunderbolt, yakin tahun ini tuah bakal memihak kepada mereka dalam usaha untuk menggapai piala itu selepas terkandas di peringkat suku akhir musim lalu.
AHP-MSP Thunderbolt menundukkan lawan, SMKDBL-UNIKL-PHJ-MSNJ 3-2 dalam aksi suku akhir di Stadium Hoki Nasional, Bukit Jalil, semalam.
Bersandarkan pemain yang puratanya berusia 17 tahun ke bawah, mereka yakin barisan muda kali ini mampu memacu pasukan yang berpangkalan di Pahang itu ke pentas final.
Semangat mereka juga didorong selepas gagal menyekat pasukan gergasi, SSTMI Thunderbolt, dalam saingan liga untuk anak buah Suffian Mohammad itu untuk akur menamatkan cabaran liga di tangga ketiga.
"Kami nampak ada peluang dalam laluan ke final.
"Kami akan mengkaji dan berhabis-habisan untuk ke final," kata Suffian.
Lawan yang menanti mereka di peringkat separuh akhir merupakan pasukan dari Kota Kinabalu, SSMS Resilient.
Rekod di dalam liga juga berpihak kepada AHP-MSP Thunderbolt apabila pertemuan terakhir kedua-dua pasukan dalam liga menyaksikan mereka menumbangkan lawan 3-2.
"Kami dengan bantuan jurulatih dan rakan sepasukan, kami mempamerkan semangat berpasukan dan begitu menginginkan kemenangan," ujar ketua pasukan AHP-MSP Thunderbolt, Muhammad Nazrey Din.