Skip to main content

Hoki

Piala Sultan Johor 2024: New Zealand hampakan Malaysia

Ikuti perkembangan sukan terkini di saluran WhatsApp Astro Arena

malaysia-new-zealand.jpg
Malaysia terpaksa berdepan langkah kiri apabila tewas kepada New Zealand 2-3 dalam aksi Piala Sultan Johor, di Stadium Hoki Johor, Taman Daya sebentar tadi.

Malaysia ketinggalan terlebih dahulu menerusi pukulan sudut penalti yang disempurnakan oleh Jonty Elmes pada minit keempat. 

Mohammad Harris Iskandar Osman berjaya menyamakan kedudukan apabila pukulan sudut penalti yang menembusi gawang pada minit ke-16.

Elmes berjaya meledak gol kedua untuk pelawat kembali di hadapan sebelum Malaysia membalas mendapatkan jaringan penyamaan menerusi Muhammad Adam Ashraf Mohd Johari.

Tidak sempat Malaysia mencari gol kemenangan, Gus Nelson, menjadi watak pemusnah dengan jaringan padang sekaligus memastikan kemenangan.
 

Advertisement

Must Watch Video