Skip to main content

Hoki

Piala Sultan Azlan Shah: Tiada istilah taktikal lama, baru -- Najmi Farizal

Ikuti perkembangan sukan terkini di saluran WhatsApp Astro Arena

hoki-kebangsaan,-muhammad-najmi-farizal-jazlan.jpg
Pertahanan hoki kebangsaan, Muhammad Najmi Farizal Jazlan, berkongsi keterujaan bahawa pasukannya yang sememangnya menantikan saat untuk menebus kekecewaan final Piala Asia kepada Korea Selatan. 

The Speedy Tigers akan membuka kempen Piala Sultan Azlan Shah berbekalkan keyakinan untuk mencabar juara tiga kali itu di Ipoh, Selasa depan.

"Setiap bahagian ada peranan masing-masing. Saya harap semua dapat berikan yang terbaik. 

"Tiada (istilah) taktikal baru atau lama. 

"Kami akan main seperti apa yang telah dibincangkan termasuk format permainan, jadi kami akan ikut arahan jurulatih," katanya yang ditemui Nadi Arena sebelum bertolak ke Ipoh, hari ini. 

Sementara itu,  Muhammad Syafiq Hassan, selaku pemain tengah mengakui ketiadaan pemain-pemain senior seperti Marhan Jalil, Shahril Saabah dan Faizal Saari sememangnya beri impak buat skuad kendalian Arul Selvaraj itu tetapi ia bukan alasan untuk tahap keyakinan dan prestasi pemain negara menurun.




"Pemain yang sedia ada ketika ini mampu diturunkan oleh jurulatih. 

"Kami ingin bawa balik Piala Sultan Azlan Shah," katanya pula. 

Tiga perlawanan awal Piala Sultan Azlan Shah Selasa depan bakal menyaksikan Mesir turun menentang Jepun pada jam 4 petang diikuti Pakistan berdepan Afrika Selatan.




 

Advertisement

Must Watch Video