“Kita ketandusan pemain muda berkualiti"
Nada keyakinan itu disuarakan tonggak tengah berpengalaman kebangsaan, Fitri Saari, merujuk kepada sekembalinya Faizal Saari yang keluar daripada persaraan dalam skuad negara.
Fitri yang kembali mendapat tempat dalam percaturan taktikal ketua jurulatih, Sarjit Singh, selepas khidmatnya tidak diperlukan ketika era kepimpinan Arul Selvaraj merasakan abang kandungnya itu masih ada sentuhan penyudah yang tiada galang gantinya.
Tempoh 10 hari menuju Piala Sultan Azlan Shah 2025 menyaksikan Sarjit akan menganalisa tahap kecergasan Faizal sebelum memilih 18 pemain terbaik ke Ipoh, Perak.
"Saya berasa sedikit janggal, kerana kami masih memerlukan khidmatnya lagi.
"Kami masih memerlukan kudratnya untuk membantu kami.
"Keberadaan Faizal Saari memberi nilai tambah buat The Speedy Tigers.
"Saya harap dia terpilih.
"Ketandusan pemain muda menjadikan saya berumur 35 tahun nanti masih relevan bermain untuk pasukan Malaysia.
"Kami berhasrat untuk memimpin skuad negara ke Sukan Olimpik Los Angeles (LA) 2028 nanti," katanya di Nadi Arena.

Faizal Saari ‘serius’ rebut tempat dalam senarai 18 pemain ke Piala Sultan Azlan Shah 2025 menerusi sumbangan 2 gol ketika menewaskan Korea Selatan 5-1pada Rabu.
— karlnunis (@_karlnunis) November 13, 2025
Meskipun bersara 9 bulan, sentuhan penyudah Faizal masih berbisa ?
@ASTROARENA pic.twitter.com/8M0HiHDWnK