Skip to main content

Hoki

Piala Sultan Azlan Shah: Saya tak akan cergas sepenuhnya -- Azrai Aizad

Ikuti perkembangan sukan terkini di saluran WhatsApp Astro Arena

aizad_1.jpg
"Saya tidak akan cergas sepenuhnya"

Itu pengakuan penyerang utama skuad hoki negara, Azrai Aizad Abu Kamal, yang sah tidak akan cergas sepenuhnya menjelang Kejoahan Piala Sultan Azlan Shah (SAS) 2025 bermula 23 November depan.

Azrai masih bergelut mencari rentak terbaiknya selepas menggalami kecederaan lutut (meniskus) gred 1 ketika kempen Piala Asia sebelum ini.

Meskipun diberikan lampu hijau daripada Institut Sukan Negara (ISN) untuk kembali beraksi dalam aksi kompetitif, namun, aksi persahabatan menentang Korea Selatan semalam jelas mencerminkan realiti sebenar bahawa Azrai masih jauh daripada bayangan sang pemusnah berkaliber.






Andai terpilih dalam senarai akhir 18 pemain ke Piala Sultan Azlan Shah 2025, Azrai tidak akan berada di tahap terbaik bagi peretemuan menentang pasukan handalan dunia seperti Belgium, India serta New Zealand.

Selain Azrai, persaingan sengit perebutan tempat jentera serangan turut melibatkan Akhimullah Anuar Esook, Norsyafiq Sumantri, Muhajir Abdu Rauf serta Faizal Saari.

"Trauma masih ada tetapi kena buat Latihan untuk perkuatkan kaki semula, kerana sekarang lepas habis Latihan ada naik bengkak dan kemudian ke ISN untuk keluarkan air bengkak.

"Ia mengambil masa, saya beraksi banyak melakukan hantaran berbanding larian seperti dulu.

"Perasaan risau masih ada, nak bina perasaan tidak takut itu sedikit sukar.

"Bagi saya sukar, mungkin 80%, masih tak mampu 100% (pulih).

"Saya memerlukan bantuan rakn sepasukan." katanya.
 

Advertisement

Must Watch Video