Piala Sultan Azlan Shah: Sarjit larang The Speedy Tigers main ikut rentak penyokong

Shaiful Shamsudin
Mei 5, 2024 13:19 MYT
Walaupun menghargai sorakan peminat di Stadium Hoki Sultan Azlan Shah di sebalik kempen mempertahankan gelaran Piala Sultan Azlan Shah (PSAS) dengan langkah sumbang, Sarjit Singh mengingatkan The Speedy Tigers agar tidak terbawa-bawa.
Skuad hoki negara tunduk kepada Pakistan 4-5 di Ipoh biarpun mendahului 3-1 selepas tiga penyudah Azrai Aizad Abu Kamal memadam kelebihan awal Pakistan yang disumbang menerusi gol padang Sufyan Khan pada minit ke-9.
Namun, dua jaringan pelawat pada minit ke-58 dan 60 membuatkan anak buat Sarjit kempunan untuk meraih tiga mata.
Justeru, dia menggesa anak buahnya agar lebih bijak menangani situasi semasa perlawanan, bukannya terbawa-bawa dengan sorakan penyokong agar tidak terjerat.
"Kami berterima kasih kepada penyokong.

“Pemain harus bijak”Peringatan mesra Sarjit Singh buat skuad kendaliannya bagi pertemuan menentang Kanada malam ini.⁦@ASTROARENApic.twitter.com/gcrUNIebZw

— karlnunis (@_karlnunis) May 5, 2024
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
"Mereka menjadikan perlawanan menarik tapi kami perlu bijak.
"Kami tidak perlu terbawa-bawa," katanya selepas perlawanan.
Tonton aksi skuad negara secara langsung menerusi Astro Arena Saluran 801
#Piala Sultan Azlan Shah
;