Skip to main content

Hoki

Piala Sultan Azlan Shah: Muhajir kembali perkuat posisi penyerang

Ikuti perkembangan sukan terkini di saluran WhatsApp Astro Arena

muhajir.jpg
Pemain berpengalaman, Muhajir Abdul Rauf, kembali mengemudi jentera serangan selaku posisi asalnya ketika perlawanan menentang New Zealand, dalam kejohanan Piala Sultan Azlan Shah (PSAS), di Stadium Hoki, Ipoh.
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 

A post shared by Astro Arena (@astroarenahd)


Sebelum ini, Muhajir diletakkan di posisi pertahanan bagi membantu mengekang asakan lawan sejak tiga tahun lalu, di bawah kendalian bekas jurulatih kebangsaan, Arul Selvaraj. 
 
Pemain berusia 24 tahun itu berjaya mencatat nama selaku penjaring gol kelima buat The Speedy Tigers untuk membantu skuad negara meraih kemenangan bergaya menentang pasukan yang berada di ranking ke-10 dunia, New Zealand.

Selepas ini, anak buah Sarjit Singh akan bertemu pasukan Jepun bagi aksi seterusnya, 8.30 malam ini. 

Advertisement

Must Watch Video