Skip to main content

Hoki

Piala Sultan Azlan Shah: Jika Faizal Saari cergas sepenuhnya tiada masalah -- Sukri Mutalib

Ikuti perkembangan sukan terkini di saluran WhatsApp Astro Arena

fai.jpg
Penyerang sensasi negara, Faizal Saari, kembali ke pangkuan skuad negara susulan persaraan pada Februari lalu.

Senario ini berupaya mendatangkan masalah buat The Speedy Tigers menurut bekas kapten skuad hoki negara, Sukri Mutalib.

Sekembalinya Faizal dalam perebutan slot 18 pemain ke Piala Sultan Azlan Shah 2025 merupakan senario yang tidak ideal buat penyerang berusia 34 tahun itu.

Antara persoalan utama adalah melibatkan kecergasan Faizal untuk beraksi di peringkat antarabangsa.






Sejauh mana kewajaran memberikan keutamaan kombinasi jentera serangan negara terhadap Faizal, berbanding mengutamakan kombinasi asal, Azrai Aizad Abu Kamal bersama Akhimullah Anuar Esok sebagai percaturan utama.

Sukri turut mempersoalkan keadilan buat pemain lain sekiranya Faizal terpilih kejohanan itu dua minggu sebelum acara bermula.

"Dalam tempoh dua minggu sebenarnya agar sukar buat seseorang pemain kembali ke dalam pasukan kerana kita tak tahu keadaan dia bagaimana.

"Di peringkat antarabangsa ini kita memerlukan pemain yang sangat cergas, jika dia cergas sepenuhnya tiada masalah.

"Jika sebaliknya mungkin bukan masa sesuai. Dalam tempoh tiga bulan mungkin sesuai." katanya.
Garmin

Lebih Dari Sekadar Jam

Jam Garmin ini bantu anda jejak setiap langkah, degupan & pencapaian dengan tepat.


Dapatkan Sekarang

Advertisement

Must Watch Video