Piala Sultan Azlan Shah: Jepun buru misi pingat emas Sukan Asia 2026

Najmi Iman
Mei 12, 2024 04:15 MYT
Juara Piala Sultan Azlan Shah (PSAS), Jepun, membuktikan pelan jangka masa panjangnya membuahkan hasil apabila memenangi kejohanan tersebut menggunakan khidmat 18 pemain sahaja.
Malah, kejayaan tersebut adalah sebagai pemangkin kepada keberkesanan program yang membawa kepada penuaian pemain berbakat.
Hasilnya, kini skuad hoki Jepun memiliki hampir lebih 36 pemain utama sebagai persiapan menjelang misi memburu pingat emas Sukan Asia Aichi-Nagoya, 2026 nanti.

Kejayaan Jepun menjulang kejuaraan pertama Piala Sultan Azlan Shah jadi bukti keberkesanan program jangka masa panjang. Jepun memiliki 36 pemain utama & hanya mempertaruh 18 terbaik di Ipoh. Skuad Samurai dalam misi pingat emas Sukan Asia Aichi-Nagoya 2026@ASTROARENA pic.twitter.com/2CjHpmjDhk

— karlnunis (@_karlnunis) May 12, 2024
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
Wartawan Astro Arena, Karl Nunis, merasakan sudah tiba masanya Konfederasi Hoki Malaysia (KHM), mengambil langkah yang sama untuk merealisasikan impian negara.
Skuad Samurai itu sudah melakukan penstrukturan dari pemain muda Jepun sejak tamatnya Sukan Olimpik Tokyo yang lalu ketika mereka menjadi tuan rumah di sana.
Sebagai rekod, ketua jurulatih negara, Sarjit Singh, dilantik dengan misi utama seperti Jepun iaitu untuk membantu kem negara meraih pingat emas Sukan Asia 2026.
#Hoki #Jepun #Piala Sultan Azlan Shah #PSAS #The Speedy Tigers