Selepas Jim Furyk mengumumkan tiga pilihan kapten untuk pasukan Piala Ryder Amerika Syarikat, Jordan Spieth sangat teruja.
Spieth, yang telah meraih slot beraksi bersama pasukan, berkata terdapat perkara menarik untuk diberitahu kepada cucunya suatu hari nanti selepas Tiger Woods, Phil Mickelson dan Bryson DeChambeau dipilih oleh Furyk.
"Berpeluang beraksi bersama Tiger atau Phil dalam perlawanan Piala Ryder, adalah sesuatu yang boleh diceritakan kepada cucu-cucu saya pada masa akan datang," kata Spieth.
"Saya tidak pasti sama ada akan mendapat peluang ini lagi. Saya tidak pasti bagaimana pasukan ini akan berfungsi tetapi kami akan cuba melakukan yang terbaik.
Satu lagi tambahan pemain akan hadiri selepas saingan Kejohanan BMW berakhir, dan Spieth berkata kemasukan Woods akan memberikan lonjakan besar.
"Woods yang berada di tahap terbaik, akan memberikan kesukaran kepada lawan kami. Dia mampu menghasilkan sesuatu buat pasukan," katanya.
Pasukan Eropah, yang diketuai oleh Thomas Bjorn, turut menampilkan Rory McIlroy dan Justin Rose manakala pilihan kapten adalah Sergio Garcia dan Henrik Stenson.
Piala Ryder akan berlangsung di Paris bermula 28 September ini.