Skip to main content

Tenis

Piala Rogers: Serena mudah singkir Osaka

Ikuti perkembangan sukan terkini di saluran WhatsApp Astro Arena

serenawilliams.jpg
Serena Williams memaparkan aksi bertenaga untuk meraih kemenangan straight-set ke atas bintang Jepun, Naomi Osaka dalam suku akhir Piala Rogers, awal pagi tadi.

Dalam pertemuan pertama di antara dua pemain bintang itu sejak kontroversi final Terbuka Amerika Syarikat (AS) tahun lalu, Williams jelas di prestasi terbaik untuk merakamkan kemenangan 6-3, 6-4 di Toronto.

Insiden Williams di Flushing Meadows sewaktu penentuan kejuaraan tahun lalu membayangi kejayaan grand slam pertama Osaka.

Juara grand slam 23 kali itu kemudian memohon maaf dan dalam pertemuan pertama mereka sejak insiden itu awal pagi tadi, dengan Serena memaparkan aksi bertenaga dalam kejohanan perdana Persatuan Tenis Wanita (WTA) itu.

Selepas melakukan permulaan perlahan minggu ini, Williams bermula baik untuk menggugat keyakinan Osaka, yang ketinggalan 2-3 dalam set pembukaan.

Bagaimanapun, Osaka -- yang bermain berhati-hati dalam cuaca berangin -- melakukan pukulan terus yang terkeluar untuk memberikan juara tiga kali, Williams, kemenangan dalam game kelapan.

William terus mempertaruhkan servis kencang dalam set kedua untuk memenangi game ketiga ketika Osaka, yang akan kembali ke ranking nombor satu dunia, semakin buntu mencari jawapan.

Wakil AS itu tewas dalam dua pertemuan terakhir dengan Osaka, namun dia menamatkan saingan kali ini dengan kemenangan mudah.

Advertisement

Must Watch Video