Serena Williams mengatasi waktu getir sebelum menewaskan Marie Bouzkova dalam separuh akhir Piala Rogers, awal pagi tadi.
Pemain legenda Amerika Syarikat (AS) itu sekali lagi bermula perlahan dalam kejohanan perdana Persatuan Tenis Wanita (WTA) berkenaan sebelum bangkit ke final selepas mengatasi lawan dari Republik Czech itu 1-6, 6-3, 6-3.
Williams mara ke final kejohanan Jelajah WTA buat kali ke-96 dan yang kelima dalam Piala Rogers, di mana dia merupakan juara tiga kali dan akan bertemu Bianca Andreescu dalam penentuan kejuaraan di Toronto.
Bagaimanapun, pemenang 23 gelaran grand slam itu kelihatan bergelut pada awal permainan dan terlepas set pertama kepada lawan berusia 21 tahun berkenaan.
Williams melakukan 18 'unforced error' dan pukulan kilas yang sangkut di jaring menyaksikan dia tewas dalam set pertama.
Sebagai respons, Williams meraih kemenangan dalam game ketujuh set kedua dengan pukulan balas padu yang membantunya memenangi empat game terakhir dalam set berkenaan.
Bouzkova memberikan ancaman apabila meraih mata pertama dalam set penentuan, namun Williams menyelamatkan tiga mata break dalam game ketiga.
Ia terbukti langkah yang penting apabila dia memenangi game berikutnya untuk mendahului 3-1 sebelum menoktahkan kemenangan.
Menantinya dalam penentuan akhir ialah Andreescu, yang menewaskan Sofia Kenin 6-4, 7-6 dalam satu lagi perlawanan separuh akhir.
Pemain berusia 19 tahun itu menjadi pemain Kanada pertama ke final Piala Rogers dalam era moden, juga yang pertama sejak 1969.