Rafael Nadal mengatasi rekod Roger Federer sebagai pemain paling banyak ke final Kejohanan Masters 1000 Persatuan Tenis Profesional (ATP) selepas Gael Monfils menarik diri dalam separuh akhir Piala Rogers.
Nadal, yang juga pilihan utama dan juara bertahan kejohanan, sepatutnya bertemu pemain berbangsa Perancis itu dalam separuh akhir di Montreal awal pagi tadi.
Bagaimanapun, Monfils menarik diri sebelum perlawanan itu selepas pemain berusia 32 tahun itu menyingkirkan Roberto Bautista Agut dalam suku akhir semalam.
Pertemuan di antara Monfils dan Bautitsta Agut itu terpaksa ditunda gara-gara hujan lebat sebelum Monfils memerlukan dua setengah jam untuk meraih kemenangan 6-4, 3-6, 7-6.
Nadal menyasarkan kejuaraan kelima Piala Rogers apabila berdepan wakil Russia, Daniil Medvedev, dalam final, yang juga pertemuan pertama kedua-dua pemain itu.
Dia akan membuat penampilannya yang ke-51 dalam final Kejohanan Masters 1000 ATP untuk mengatasi rekod Federer (50) dan Novak Djokovic (49).
Jaguh Sepanyol itu turut berpeluang untuk melebarkan rekod kejuaraan Masters 1000 selepas meraih 34 gelaran -- lebih satu berbanding Djokovic.
Terdahulu, Nadal turut mengatasi satu lagi rekod Federer sebagai pemain paling banyak meraih kemenangan dalam kejohanan Masters.