Skip to main content

Tenis

Piala Rogers: Nadal atasi Fognini di Montreal

Ikuti perkembangan sukan terkini di saluran WhatsApp Astro Arena

rafaelnadal.jpg
Rafael Nadal meneruskan misinya untuk mempertahankan kejuaraan Piala Rogers selepas merakamkan kemenangan ke atas Fabio Fognini dalam suku akhir, awal pagi tadi.

Pemain pilihan utama itu pada awalnya bergelut untuk mengatasi Fognini sebelum bangkit daripada ketinggalan untuk meraih kemenangan 2-6, 6-1, 6-2 ke atas pemain pilihan ketujuh dari Itali itu di Montreal.

Nadal tewas kepada Fognini di Monte Carlo awal tahun ini, namun mengungguli Kejohanan Masters 1000 Pesatuan Tenis Profesional (ATP) itu untuk merekodkan kemenangan ke-12 daripada 16 pertemuan.

Legenda Sepanyol dan juara empat kali itu -- yang telah merekodkan 40 kemenangan sepanjang tahun ini -- perlu berdepan penguasaan awal Fognini.

Nadal, juara 18 kali kejohanan grand slam, melakukan pukulan terus yang terkeluar untuk ketinggalan 1-2 sebelum Fognini melebarkan jurang kepada 5-1 dan meraih kemenangan dalam set pertama.

Bagaimanapun, situasi itu membangkitkan Nadal, yang memenangi sembilan mata pertama dalam set kedua, ketika Fognini gagal mengejar selepas ketinggalan 0-3.

Kemenangan dalam game pembukaan set penentuan meningkatkan keyakinan Nadal, yang hanya melepaskan lima mata sewaktu servis di tangannya, untuk mengesahkan kemaraan ke separuh akhir.

Advertisement

Must Watch Video