Mohamad Syazwan Syafiq Basir menjadi sandaran Anderson Thunderbolt untuk mengejutkan SSTMI Thunderbolt dalam separuh akhir pertama Piala Remaja TNB di Stadium Hoki Nasional, Bukit Jalil esok selepas muncul penjaring terbanyak pasukan itu dengan sembilan gol.
Anderson berdepan tugas berat untuk menentang pasukan paling berjaya dalam sejarah Liga Hoki Remaja Malaysia (LHRM) itu.
SSTMI masih segar dengan kejayaan menjuarai liga sebanyak lapan kali selain memburu gelaran keseluruhan buat kali keenam.
Pemain yang akan mengetuai tugas merobek pintu gol juara bertahan itu ialah Syazwan, yang amat tajam di dalam kawasan D.
"Saya gembira dengan jumlah jaringan saya.
"Walaupun menentang pasukan utama liga, saya harap kawan-kawan saya dapat membantu untuk menandingi pasukan lawan," kata penyerang Anderson berkenaan.
SSTMI menjadi pasukan pilihan untuk ke final selepas menewaskan Anderson Thunderbolt 4-3 dalam saingan liga.
Namun, cabaran kali ini pastinya berbeza.
"Di tahap separuh akhir ini, pemain saya tiada rasa gentar ataupun hormat kepada pasukan lawan.
"Namum, mereka akan lebih fokus kepada perancangan permainan dan seterusnya mencapai kemenangan," kata jurulatih Anderson, Nizam Hashim.