Skip to main content

Hoki

Piala Remaja TNB: Jaringan Syahir bawa AHP-MSP ke final

ahp-msp.jpg
AHP-MSP 1 SMSS RESILIENT 0
(AHP-MSP ke final dengan agregat 5-2)

Jaringan tunggal Syahir Hasif Harun dalam separuh akhir kedua Piala Remaja TNB di Stadium Hoki Nasional, Bukit Jalil, hari ini sudah cukup untuk memacu AHP-MSP Thunderbolt ke final selepas mengatasi wakil Sabah, SMSS Resilient, 5-2 secara agregat.


AHP-MSP membawa bekalan selesa selepas mencatat kemenangan 4-2 dalam perlawanan pertama, kelmarin.

Jurulatihnya, Mohd Sufian Mohammad, membuat beberapa pertukaran taktikal bagi merehatkan pemain tonggak, sekali gus mengakibatkan naib juara edisi lalu itu tidak begitu agresif dalam merencanakan serangan.

Sebaliknya SMSS Resilient dilihat lebih garang dan mengancam kubu lawan dalam usaha untuk merapatkan jurang agregat.

Namun, berbekalkan reputasi mereka, AHP-MSP memerangkap SMSS Resilient menerusi satu serangan balas pantas yang disudahkan Syahir pada minit ke-15.

Jaringan itu kekal sepanjang permainan untuk AHP-MSP ke final buat kali ketiga berturut-turut.

"Cuaca hari ini agak panas dan kami pun tidak cukup rehat.

"Saya bangga kerana kami ke final," kata kapten AHP-MSP, Nazri Din.

"Kami sudah membawa bekalan dua gol daripada perlawanan pertama, jadi saya memaklumkan kepada pemain supaya mencari gol awal.

"Apabila mendapat gol awal, kami akan lebih selesa dan boleh simpan pemain-pemain utama untuk final nanti," tambah Sufian pula.

KEPUTUSAN LAIN:

SSTMI THUNDERBOLT 5 ANDERSON THUNDERBOLT 5
(SSTMI ke final dengan agregat 9-7)

Advertisement

Must Watch Video