AHP-MSP 4 SSMS RESILIENT 2
Naib juara edisi lalu, AHP-MSP Thunderbolt, menepati ramalan apabila menundukkan SSMS Resilient 4-2 dalam separuh akhir pertama Piala Remaja TNB di Stadium Hoki Nasional, Bukit Jalil, hari ini.
Suku pertama menyaksikan kedua-dua pasukan bermula dengan berhati-hati dalam mencari gol pendahuluan.
Beberapa percubaan awal dilakukan AHP-MSP, namun Izaz Afdhaal meletakkan SSMS Resilient di depan menerusi gol padang pada minit ke-15.
Aksi suku kedua menyaksikan AHP-MSP sekali lagi mensia-siakan beberapa peluang terhidang dan situasi itu dimanfaatkan SSMS Resilient untuk melebarkan kedudukan menerusi pukulan sudut penalti Saifuddin Azli pada minit ke-25
Bagaimanapun, AHP-MSP merapatkan jurang ihsan jaringan penalti Muhamad Syawal Abdul Razak pada minit ke-43.
Kebangkitan yang dicari-cari wakil Pahang itu hadir dalam suku terakhir.
Tiga jaringan pantas, masing-masing dua daripada Muhammad Syahir Hasif Harun dan satu daripada Muhammad Hazim Ahir, membolehkan AHP-MSP membawa bekalan dua gol menjelang perlawanan kedua, Khamis ini.
"Sedikit tidak berpuas hati daripada segi penyudah. Banyak peluang keemasan tetapi gagal dilunaskan. Kebangkitan pemain-pemain pada suku akhir merupakan sesuatu yang harus diberikan pujian," kata jurulatih AHP Thunderbolts, Mohd Sufian Mohamad.
"Pasukan saya kekurangan pemain kerana kami menghadapi saingan dengan 15 pemain. Kehilangan fokus terutama dalam suku akhir atas kepenatan menjadi titik tolak kekalahan kami dalam perlawanan ini. Bagaimanapun, kami akan berusaha untuk bangkit dalam perlawanan berikutnya," kata jurulatih SSM Resilient, Sharil Izam Muara.