Skuad muda negara terpaksa akur tewas 1-3 kepada Jepun dalam Kejohanan Hoki Piala Remaja Asia (Lelaki) B-18 di China, sebentar tadi.
Dalam perlawanan terakhir Pool B itu menyaksikan wakil negara membuka tirai jaringan terlebih dahulu menerusi Safwan Salihe pada minit ke-11 menerusi pukulan sudut penalti sebelum Hiroki Toda menyamakan kedudukan selang dua minit kemudian.
Masuk babak kedua, Hiroki Toda sekali lagi membuktikan ketajamannya sebagai penyerang selepas menggandakan jaringan menjadi 2-1 turut menerusi pukulan sudut penalti.
Fujiwara Yuma melengkapkan kemenangan 3-1 Jepun mengatasi skuad negara dibawah kendalian Mohd Sufian Mohamad.
Young Tigers kini mengumpul sembilan mata selepas menewaskan Kazakhstan, Indonesia dan Taiwan.
Wakil negara akan menamatkan kempen terakhir saingan peringkat kumpulan berdepan Uzbekistan dengan misi mara ke separuh akhir pada Rabu nanti.