Thailand gentar dengan kita, kata bekas perejam emas negara, Futra Abdul Ghani, mengenai peluang skuad sepak takraw negara dalam Kejohanan Piala Raja Thai di Hatyai bermula esok.
Ini selepas acara regu tidak dipertandingkan dalam divisyen perdana kejohanan itu, yang jelas menunjukkan Thailand gentar dengan kebolehan skuad regu negara.
Futra juga ingin melihat keputusan positif dalam 'projek kuadran' negara dalam edisi kali ini selepas Presiden Persatuan Sepaktakraw Malaysia (PSM), Datuk Sumali Reduan, menyatakan fokus badan induk itu dalam membentuk skuad kuadran yang mantap.
"Kalau dilihat, penganjur tidak mahu mempertandingkan acara regu dan double," katanya kepada wartawan Astro Arena, Kamal Nizam.
"Ia bermaksud, pasukan Thailand memang gentar dengan pasukan Malaysia yang memiliki peningkatan prestasi mendadak.
"Tetapi bagi saya, tidak mustahil untuk kita menjuarai acara berpasukan, terutama acara berpasukan lelaki dan kuadran lelaki.
"Ini merupakan masa paling sesuai untuk kita membuktikan bahawa kita jaguh dunia."