Skip to main content

Sepak Takraw

Piala Raja Thai: Misi emas skuad sepak takraw negara di Korat bermula

Ikuti perkembangan sukan terkini di saluran WhatsApp Astro Arena

takraw.jpg
Misi Malaysia memburu gelaran Kejohanan sepak takraw Piala Raja Thai 2024 bermula apabila diundi dalam Kumpulan C.

Kejohanan yang akan berlangsung di Terminal21, Korat, Thailand, menyaksikan Malaysia yang beraksi dalam acara berpasukan lelaki divisyen perdana mendapat laluan mudah menerusi majlis undian yang diadakan sebentar tadi. 

Skuad negara diundi bersama-sama pasukan China dan Laos bagi merebut slot ke pusingan kalah mati pertandingan tersebut.

Dalam masa sama, bagi kategori wanita pula, Malaysia bakal menentang pencabar dari pasukan tuan rumah Thailand serta China dan Myanmar dalam perebutan Kumpulan A acara berpasukan.

Sementara itu, skuad negara turut bertanding dalam acara regu lelaki divisyen perdana yang mempertaruhkan Brunei, India, Singapura dan China sebagai lawan utama selain meletakkan sasaran emas acara tersebut.

Wakil negara juga menghantar penyertaan dalam acara quadrant wanita dan campuran divisyen perdana. 

Advertisement

Must Watch Video