Piala Raja Thai: Haziq Hairul Nizam optimis skuad sepak takraw negara mampu lakar kejutan di Korat
Saufi Tahir
Ogos 30, 2024 18:47 MYT
Ogos 30, 2024 18:47 MYT
Kurang daripada 48 jam sebelum skuad Sepak Takraw negara bakal memulakan kempen di Kejohanan Sepak Takraw Piala Raja Thai 2024 di Korat, Thailand bermula Isnin ini.
Cabaran getir menanti skuad negara dengan pasukan tuan rumah semestinya ingin membalas dendam di atas kekalahan ketika saingan Piala Dunia ISTAF, Mei lalu.
Tekong muda negara, Muhammad Haziq Hairul Nizam, yang juga merupakan tekong terbaik Liga Sepak Takraw (STL) pada edisi 2022/23 menyifatkan tiada masalah buat dirinya dan rakan sepasukan untuk buat melakar kejutan dalam kejohanan kali ini.
"Bagi mereka akan balas dengam memandangkan mereka bermain di laman mereka dan depan penyokong mereka. Kami perlu segera biasakan dengan keadaan dan serap tekanan.
"Dengan pemain yang ada kami yakin dapat melakar kejutan," katanya.
Dalam pada itu kapten negara, Farhan Adam, pula menyeru supaya rakan sepasukan menampilkan aksi terbaik kerana saingan Piala Raja Thai bukanlah tempat untuk mereka bereksperimen dan sekadar mencuba nasib.
"Ini bukan pentas percubaan, kita perlu beri saingan. Kami pernah buktikan Thailand pernah dikalahkan. Tiada yang mustahil untuk menang di laman mereka" katanya.