Piala Raja Thai: Cabaran lebih besar menanti skuad sepak takraw negara


Ogos 17, 2024 18:51 MYT
Ketua jurulatih skuad sepak takraw negara, Ahmad Jais Baharun, menyifatkan meskipun undian Kejohanan Piala Raja Thai 2024 dilihat berpihak skuad negara, namun dia tetap enggan memandang rendah keupayaan pasukan lawan.
Lebih-lebih lagi apabila skuad negara hadir dengan reputasi yang hebat dalam Piala Dunia 2024, Jun lalu, apabila mengimbangi corak permainan Thailand.
Justeru, dia menganggap skuad negara perlu fokus perlawanan demi perlawanan terlebih dahulu sebelum meletakkan sasaran untuk merangkul kejuaraan.
"Cabarannya lebih besar berbanding Piala Dunia.
"Pasukan negara perlu pamerkan prestasi lebih mengagumkan.
"Cabaran ini menjadi lebih besar memandangkan kami tidak dapat membawa beberapa pemain utama.
"Kami akan berikan 100 peratus fokus untuk mendepani cabaran khususnya satu persatu perlawanan supaya dapat hasilkan keputusan lebih baik berbanding pertandingan sebelum ini," katanya.
Malaysia diundi di samping China dan Laos dalam Kumpulan C bagi merebut slot ke pusingan kalah mati.
#Sepak Takraw
;