Skip to main content

Sepak Takraw

Piala Raja Thai: Ahmad Jais gesa pemain kebangsaan manfaat saingan STL

Ikuti perkembangan sukan terkini di saluran WhatsApp Astro Arena

jais.jpg
Ketua jurulatih skuad sepak takraw negara, Ahmad Jais Baharun, menggesa barisan pemain skuad kebangsaan memanfaatkan sebaik mungkin perjalanan saingan CelcomDigi Sepaktakraw League (STL) Premier 2025 sebagai medan persiapan menuju ke Kejohanan Piala Raja Thai 2025, Julai depan.

Pengendali kelahiran Ulu Tiram, Johor itu mengakui dia masih belum berpuas hati dengan persembahan anak buahnya ketika saingan Grand Prix (GP) Terengganu yang disifatkannya tidak berada pada tahap sebenar prestasi.

Seramai 24 pemain lelaki dan wanita bakal menggalas cabaran Malaysia dalam acara regu berpasukan, quadran serta quadran campuran dalam kemepn Piala Raja Thai yang dijadualkan berlangsung dari 21 hingga 27 Julai depan di Hatyai, Thailand nanti..

"Semestinya kami mengharapkan pemain kebangsaan beraksi dengan lebih baik untuk saingan GP Negeri Sembilan, kerana prestasi mereka akan menjadi kayu pengukur sebelum ke Piala Raja Thai nanti.

"Kami mengharapkan semua pemain bersiap sedia daripada peringkat awal agar dapat mempamerkan prestasi berkualiti khususnya sebagai pemain kebangsaan.

"Berdasarkan GP kedua dan ketiga, selepas itu baru akan ada latihan fasa akhir sebelum bergerak ke Hatyai." katanya. 

Advertisement

Must Watch Video