BERBASIKAL
Piala Presiden GP Trek ASEAN: Ridwan Sahrom kuasai acara keirin
Pelumba berbasikal trek negara, Muhammad Ridwan Sahrom, akhirnya berjaya membuktikan dirinya 'raja keirin' setelah mengetepikan cabaran pelumba dari Korea, Iran dan Indonesia dalam kategori men elite Piala Presiden GP Trek ASEAN Siri 3.
Ridwan nyata tidak dapat menyembunyikan perasaan gembiranya dan berpegang pada prinsip 'trust the process'.
Ridwan turut menganggap itu adalah batu loncatan buat dirinya menjelang saingan Asian CyCling Confederation (ACC) yang bakal berlangsung di Velodrom Nilai pada 21 hingga 27 Februari ini.
Iklan
"Saya memang mahu menang dalam acara keirin dan akhirnya berjaya melakukannya. Perancangan bersama jurulatih berhasil dan saya sangat gembira dengan keputusan ini."
Sementara itu, The pocketrocketwoman, Nurul Izzah Izzati pula sedia membantu pelumba yang baru menginjak kategori senior, Nur Alyssa Mohd Farid, untuk meningkatkan pacuan seiring dirinya.
Izzah ternyata berada pada kelas tersendiri meskipun dibayangi empat pelumba Korea Selatan yang lain di ASEAN Track Series 2025 Piala Presiden Siri 3 dengan mempertahankan kejuaraan yang dimenanginya sebelum ini.
Biarpun Alyssa hanya menamatkan saingan pada kedudukan kelima keseluruhan pada acara keirin final kejohanan kali ini, namun dia menjelaskan hanya tewas dari segi taktikal pelumba Korea yang mengepung dirinya untuk melakukan henjutan saat akhir.
Namun, Alyssa tetap positif dan sahut baik keinginan Izzah untuk membantu latihan Alyssa ke satu tahap yang lebih tinggi.
Must-Watch Video