BERBASIKAL
Piala Presiden GP Trek ASEAN 2025: Peluang terbaik pelumba baru menyinar
Siri Piala Presiden GP Trek ASEAN 2025 menjadi peluang terbaik buat pelumba lain untuk menyinar setelah jaguh berbasikal trek negara, Shah Firdaus Sahrom mengesahkan tidak menyertai perlumbaan berkenaan.
Olimpian negara itu sebaliknya fokus untuk menghadapi Kejohanan Berbasikal Trek Asia (ACC) yang akan berlangsung Februari depan di Velodrom Nasional Nilai.
Siri Piala Presiden jadi acara tahunan yang dinantikan pelumba trek dari seluruh dunia.
Iklan
Ia melibatkan acara kelas satu UCI 14 dan 15 Januari, diikuti dua acara kelas dua UCI masing-masing pada 18 dan 19 serta 22 dan 23 Januari.
Siri pertama ini termasuk jemputan pelumba dari pelbagai pelosok termasuk Australia, Hong Kong, Korea Selatan, Iran, dan India.
Penganjuran acara UCI adalah syarat penting bagi kelayakan pelumba negara ke Kejohanan Dunia.
Must-Watch Video