Skip to main content

Permotoran

Piala Porsche Carrera Asia: Nazim wakili Sime Darby Racing

Ikuti perkembangan sukan terkini di saluran WhatsApp Astro Arena

nazim-azman-sime-darby-racing-team.png
Pelumba muda negara, Nazim Azman, bakal mewakili pasukan Sime Darby Racing dalam perlumbaan Piala Porsche Carrera Asia 2023 buat julung kalinya dianjurkan.

Perlumbaan musim ini akan membuka tirai di Litar Antarabangsa Sepang untuk pusingan 1 dan 2 yang akan mengambil tempat pada 28 hingga 30 April depan. 

Nazim yang diberi kepercayaan untuk mengemudi jentera GT3 buat pertama kalinya menyifatkan ia adalah penantian yang sudah lama dan gembira kerana terpilih selain mensasarkan tempat tiga terbaik dalam siri perlumbaan antarabangsa ini. 

Tambahnya lagi, dengan usahasama Sime Darby dan Porsche untuk mengurus serta beri peluang kepadanya untuk mengembangkan karier dalam sukan permotoron perlu diberi kredit selayaknya.
   

Advertisement

Must Watch Video