Dengan perlawanan terikat 1-1 menuju hari kedua, Vandeweghe meletakkan AS dalam landasan terbaik dengan kemenangan straight set ke atas Aryna Sabalenka dalam aksi perseorangan.
Aliaksandra Sasnovich kemudian menyamakan kedudukan selepas bangkit daripada ketinggalan ketika bertemu Sloane Stephens, yang gagal meraih sebarang kemenangan sejak Terbuka AS, untuk mencipta kemenangan 4-6, 6-2, 8-6.
Tetapi Amerika Syarikat berjaya menggunakan kelebihan dengan Vandeweghe yang bergandingan dengan Rogers untuk melakar kemenangan 6-3, 7-6 (7-3) ke atas Sabalenka dan Sasnovich dalam aksi beregu.
2017 World Champions!! ???????? pic.twitter.com/1T43C8dIAm
— Sloane Stephens (@SloaneStephens) November 12, 2017