Skip to main content

Sukan Lain

Piala Negara-Negara UCI: Azizulhasni ungguli saringan keempat keirin untuk ke pusingan kedua

Ikuti perkembangan sukan terkini di saluran WhatsApp Astro Arena

azizulhasni-awang-tokyo-olympics_1.jpg
Jaguh berbasikal trek negara, Datuk Azizulhasni Awang, membuktikan dirinya masih taruhan terbaik negara apabila mengungguli saringan keempat acara keirin dalam pusingan pertama Kejohanan Berbasikal Piala Negara-Negara UCI di Adelaide, Australia sebentar tadi.

Bahkan, dia mencatatkan masa terpantas dalam pusingan berkenaan -- masa terbaik daripada ketujuh-tujuh saringan -- dengan catatan 9.784 saat.

Bagaimanapun, seorang lagi pelumba negara, Muhammad Fadhil Zonis, terpaksa beraksi dalam pusingan repechage selepas menamatkan saringan kedua di tempat kedua.

Saingan pusingan kedua dijangka berlangsung pada jam 5.00 petang ini.
 

Advertisement

Must Watch Video