Skip to main content

Sukan Lain

Piala Negara-Negara UCI: Azizulhasni kembali bersaing bulan depan

Ikuti perkembangan sukan terkini di saluran WhatsApp Astro Arena

azizulhasni-john-beasley.jpg
Jurulatihnya berbasikal trek negara, John Beasley, menjelaskan keadaan Datuk Azizulhasni Awang tidak parah dan tetap kekal di landasan mengumpul mata kelayakan ke Sukan Olimpik Paris 2024.

Jaguh negara itu mengundang kekhuatiran terhadap situasi fizikalnya selepas menarik diri daripada Kejohanan Piala Negara-Negara Kesatuan Berbasikal Antarabangsa (UCI) di Kaherah, Mesir.

Azizulhasni mengalami kecederaan di bahagian pangkal paha ketika menjalani latihan dan dinasihatkan doktor supaya berehat bagi mengelakkan kecederaannya darpada melarat.

Juara dunia 2017 itu meraih pingat perak acara keirin dalam Kejohanan Piala Negara-Negara di Jakarta, bulan lalu, dan dijangka kembali untuk mengharungi pusingan ketiga di Milton, Kanada, pada 20 April depan.

"Azizul tidak akan menyertai kejohanan ini. 

"Kami mahu mengambil langkah yang tepat. Dia telah mengutip mata yang bagus di Jakarta. 

"Kami akan menyertai kejohanan penting di Belgium awal bulan depan, seterusnya ke Kanada sebelum kami pulang ke Malaysia bagi persiapan Kejohanan Kebangsaan Hong Kong (Mei depan) yang merupakan acara penting. 

"Ia menawarkan mata bagi Kejohanan Dunia.




"Kami mahu pastikan dia pulih dan kembali menjalani latihan berbanding mengambil risiko menjadikannya lebih parah", kata di Nadi Arena sebentar tadi.

Skuad negara bakal membariskan Shah Firdaus Sahrom, Fadhil Zonis termasuk Ridwan Sahrom selepas menduduki tangga ketujuh kelayakan pecut berpasukan dengan catatan masa 44.683 saat.

Sementara itu, Fadhil akan menggantikan Azizulhasni bagi mengharungi keirin esok. 

"Firdaus Shah dalam keadaan yang baik di Kaherah.

"Kami menetapkannya untuk mara ke final keirin sementara muncul antara 16 terbaik pecut.

"Fadhil pula sudah lama tidak menyertai keirin dan kini tumpuan terarah kepadanya," katanya. 

 

Advertisement

Must Watch Video