Penyenaraian 20 pemain terbaik untuk membentuk skuad hoki negara bagi mencabar kempen Piala Negara-Negara 2025 bermula 15 Jun harus diiringi dengan jati diri dan jiwa yang besar demi maruah dan kebanggan The Speedy Tigers.
Itu amanat bekas pemain dan ketua jurulatih skuad hoki negara berstatus Olimpian, Stephen Van Huizen, buat pemain yang diberi penghormatan menyarung jersi keramat negara di laman sendiri.
Tanggungjawab besar yang dipikul pemain negara bukan hanya dinilai berdasarkan keputusan semata-mata, malah ia turut berpaksikan bagaimana peluang keemasan yang diberikan Sarjit Singh itu digunakan sebaiknya demi kepentingan skuad hoki negara yang menyasarkan layak ke separuh akhir kejohanan.
Tambah Stephen, selain tuntutan kualiti permainan terpuji, kemampuan pemain negara juga bakal diukur dengan sikap keperibadian ketika beraksi membawa nama negara.
Terutamanya melibatkan disiplin setiap individu ketika beraksi di bawah tekanan bermula dengan aksi pembukaan Kumpulan B bertemu musuh tradisi, Pakistan.