Rafaizul Saini sedia menjadi tumpuan utama bagi mengemudi benteng akhir skuad hoki negara menjelang persiapan ke Kejohanan Hoki Piala Negara-Negara di ibu negara pada June depan.
Bagaimanapun, cabaran getir menanti pemain itu apabila terpaksa bersaing hebat bersama penjaga gawang utama, Hafizuddin Othman, dalam memastikan posisi penting itu menjadi miliknya.
Rafaizul juga banyak menerima nasihat daripada jurulatih penjaga gol skuad remaja, Roslan Jamaluddin, untuk meningkatkan kualiti persembahannya dalam setiap sesi latihan dan aksi persahabatan.
"Saya banyak belajar daripada barisan kejurulatihan di sini," katanya kepada wartawan Astro Arena, Faizal Bazari.
"Mereka banyak membantu saya sejak dari dahulu sehingga sekarang.
"Daripada input yang saya dapat, saya perlu banyak bersabar dan jangan senang menjatuhkan badan.
"Apabila lawan melakukan percubaan, saya perlu melihat kedudukan bola dan jangan takut," katanya.