Skip to main content

Hoki

Piala Negara-Negara: Aksi persahabatan lawan Wales peluang Sarjit uji keberkesanan taktikal

Ikuti perkembangan sukan terkini di saluran WhatsApp Astro Arena

singh.jpg
Sebelum kempen hoki Piala Negara-Negara 2025 di Kuala Lumpur membuka tirai pada 15 Jun depan, 20 pemain hoki negara bakal menjalani satu lagi perlawanan persahabatan menentang Wales pada dua hari sebelum kejohanan sebagai persiapan terakhir.

Perkara itu sekali gus menjadi peluang terakhir buat ketua jurulatih The Speedy Tigers, Sarjit Singh, untuk menguji keberkesanan taktikalnya sebelum bermula kejohanan sebenar.

Dalam misi mencapai sasaran ke pusingan separuh akhir, Sarjit turut menegaskan telah mengenalpasti barisan kesebelasan utama yang akan menggalas tanggungjawab serta memberikan saingan sengit pada aksi sulung menentang Pakistan.





Dengan tiga tonggak serangan yang disifatkan sudah cukup ampuh, Sarjit pasti kelemahan daripada sudut pertahanan juga telah dibaik pulih dalam memastikan gawang gol negara tidak mudah dibolosi.

Selain itu, prestasi cemerlang ditampilkan penjaga gol hoki negara, Hafizuddin Othman, dalam lima perlawanan ketika jelajah Korea Selaan turut ditagih dan diharapkan mampu terus konsisten sepanjang kejohanan berlangsung.

Walaupun kesemua 20 pemain kini telah pulang bercuti bagi meraikan perayaan Aidiladha, mereka masih perlu menyempurnakan program latihan kendiri yang dibekalkan barisan kejurulatihan sebelum kembali berlatih pada Isnin depan.

"Selalu apabila kami beri cuti lebih dari tiga hari, mereka perlu jalani latihan sendiri seperti lari dengan jarak jauh. 

"Pada masa yang sama sekarang jentera serangan kami menjaringkan gol dalam setiap perlawanan, jadi kami perlu perlu belajar aspek pertahankan pula dan bukan berikan jaringan dengan mudah.

"Pertahanan kami sedikit kadangkala sedikit kehilangan rentak dalam menjaga pemain lawan dan itu memberikan pasukan lawan peluang jaringkan gol dan meraih pukulan sudut penalti." katanya.
 

Advertisement

Must Watch Video